Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,
Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%.
Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian.
Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan.
Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011.
Terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada pelanggan2 Shawlstory,
Dengan kenaikan harga kadar pos laju..Dukacita dimaklumkan, FREE pos atau penghantaran Percuma sebelum telah dimansuhkan dengan serta merta..Mulai hari ini 06.08.2011..harga yang tentera tidak termasuk kos penghantaran.Kos penghantaran ditanggung oleh anda..Sorry sgt2 k..
Kos Penghantaran baru:
WM RM6/EM 10